Tuesday, December 20, 2016

RESEPI LAKSA SARAWAK MUDAH DAN CEPAT

ASSALAMUAILAIKUM...

Hai...seperti dijanjikan saya kongsikan RESEPI LAKSA SARAWAK yang mudah dan sedap.. Resepi ni saya ambil selepas first time saya cuba laksa sarawak.. memang sedap.. tapi yang penting kena ada pes laksa sarawak HJ Manan yang diimport dari SARAWAK la.. hehehe... murah jek pes ni dalam rm4-6 dah leh dapat.. tak silap saya kat tesco ada jual pes laksa sarawak tapi tak sure jenama apa.. tapi boleh jek mana-mana pes nak guna pun... 
.
Ok first sekali, 


BAHAN UTAMA :
  • Bihun yang direbus dan ditoskan.



BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH :
  • udang (ikut suka nak letak banyak mana, agak2 dengan kuah)
  • isi ayam 
  • pes laksa sarawak haji manan
  • santan satu kotak kecil - saya guna kara
  • kiub ayam
  • ajinomoto
  • garam
  • serbuk perasa 

CARA-CARA :

1) Rebuskan isi ayam dan udang didalam periuk yang berlainan ye...


**disebabkan udang lam peti ada banyak tu jek.. so cukup la tu untuk makan berdua... hahahaha...


ni yang dah masak**



**ni ayam bahagian dada.. bila dah masak isi ayam  dicarik-carik kecik ye... kalau ada tulang-tulang selepas ceraikan isi tu, boleh masukkan didalam kuah jap g...jangan buang lak :)


2) Selepas siap, air rebusan udang tadi digunakan untuk memasak pes HJ Manan. Biarkan pes masak.

3) Selepas itu masukkan santan dan biarkan mendidih.




4) Bila dah mendidih boleh la letak ayam atau udang tadi dan juga air rebusan ayam.

5) Letakkan kiub pati ayam dan perasakan dengan garam, ajinomoto dan juga perasa tambahan.


tadaaa dah siap kuah laksa sarawak.. saya guna periuk ajaib noxxa.... cepat sikit.. :)


Ok next sambal belacan ..

BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL :

  • cili padi
  • belacan 
  • bawang merah
  • ikan bilis
  • limau kasturi 

1) Kisarkan semua bahan diatas dengan sedikit air dan tambahkan dengan perahan limau kasturi... 


**disebabkan limau kasturi tak da, limau nipis pun boleh la.. haha 
memang sedap pedas menyengat.. !!


Untuk tambahan boleh dadarkan telur dan taugeh... 

OK dah siap... hehehe




  


















1 comment: