Wednesday, February 28, 2018

Kebaikan Multipurpose Cream : Herbal Blend Shaklee | WajihahZuhairi

Haiii uollss.. Assalamualaikum .... petang-petang ni panas jek rasa, angin pun sikit-sikit jek masuk dalam rumah ni... mula lah rasa tak selesa dan berpeluh kan? Hehee 
.
Kak jie biasa kalu panas cepat berpeluh dan mula lah gatal-gatal gitu... tapi nasib baik ada herbal blend, kak jie sapu jek kat tempat gatal-gatal tu, kejap lepas tu hilang laa... selain tu, kak jie masuk bilik pasang ekon tido jek la bagi sejuk hahaahaha senang kan... 🙊🙊🙊🙊
.
Buat uolls nak tahu herbal blend ni apa, meh kak jie cite sikit. Herbal blend multipurpose cream ni adalah krim sapu yang berbeza dari krim-krim yang lain kerana ianya dibuat tanpa paraben!
.
APA ITU PARABEN?
Paraben adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet untuk menjadikan sesuatu bahan itu bertahan lebih lama. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat. Hampir semua paraben yang digunakan sebagai bahan pengawet adalah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi.
Paraben ini boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman.
Tanpa kita sedari Parabens ada di mana-mana seperti di dalam alat solek atau kosmetik, syampu, gel pembersihan, dan ubat gigi.
.
Bahayakan paraben ni, secara kita tak sedar maybe kita dah bertahun-tahun gune produk yang ada paraben ni... jum kita zassss kenapa paraben ni sangat bahaya untuk fisiologi tubuh badan kita 😌

BAHAYA PARABEN
- Paraben boleh memasuki salur darah walaupun hanya disapu atas bahagian kulit. 
- Paraben boleh menyebabkan allergi dan ruam kulit terutamanya yang mempunyai kulit sensitif.
- Walaupun penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah, tetapi dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan masalah kulit yang serius.
- Menyebabkan proses penuaan kulit lebih cepat
- Meningkatkan risiko wanita membangunkan estrogen-positif kanser payudara
- Mengganggu sistem pembiakan lelaki. 

ANTARA KEGUNAAN HERBAL BLEND:
-membantu atasi masalah eczema
-merawat kulit gatal akibat serangan gigitan serangga
-melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku dan tumit kaki
-menghilangkan parut seperti parut chicken pox
-melegakan ruam pada bayi
-merawat kesan luka 
-membantu membuang angin pada perut
.
P/s : Nanti bila kak jie dah ok sikit, kak jie tempek gambar herbal blend ye.. sebabnya sekarang ni kak jie update blog gune handphone jek, tak boleh nak upload gambor la plak... kak jie tak leh ngadap laptop lelama, sebab kak jie skrg ni tengah dalam fasa uwekk..uwekkk.. duduk lama sikit mula laaa nak uwekkkk.. hahaha sabar jek laaa ☺️

Tuesday, February 20, 2018

TIPS MORNING SICKNESS | WAJIHAHZUHAIRI








Assalamualaikum
.
Hai uolls, rase dah lama tak update blog, arini baru berkesempatan.. sebenarnya kak jie baru sihat sikit, semalam kak jie tetiba terkena cramp kaki, satu badan tak boleh nak gerak, alhamdulillah arini dah beransur baik... tadi mak kak jie bawak balik matron kat tempat kerja mak kak jie, yang boleh mengurut, alhamdulillah dah ok, katanya badan kak jie dah lama sakit, urat dan saraf ada masalah sikit, tapi dah ok cuma kena banyak excersice bagi ok kalau tak nak mengurut..
.
Owh ye, sebelum terlupa kak jie nak share satu berita gembira 😍😍😍 aritu kak jie ada buat pregnancy test setelah hampir 2minggu lewat period... dan keputusannyaaaa......  alhamdulillah positif hehehe 
.
Harini kak jie nak share tips atasi morning sickness, maklum laa bila dah sah pregnant tu macam-macam laa boleh rasa salah satunya morning sickness ni laaaa... sekarang ni pun kak jie dah rase loya-loya bila bangun pagi, kalu lambat makan sikit mula lah rase tak selesa... mesti mommy2 pernah merasakan??? 😀😀😀


.
Apa itu morning sickness?

- Morning sickness atau turut dikenali sebagai loya dan muntah ketika hamil.
- Biasanya bermula sekitar 4 atau 6 minggu usia kehamilan
- Wanita yang mengalami morning sickness akan rasa loya, dan mungkin muntah apabila bangun pagi. (sebab itu dinamakan morning sickness)
- Rasa loya dan muntah kerap berlaku pada waktu pagi mungkin disebabkan perut kita kosong.

Kesan Morning sickness
- Hilang selera makan dan minum
- Boleh mengganggu aktiviti seharian
- Badan mudah rasa letih dan tidak bertenaga
- Boleh menyebabkan badan dehidrasi disebabkan muntah terlalu kerap
- Boleh memberi kesan kepada perkembangan bayi akibat kekurangan zat dan nutrisi

Cara mengatasi morning sickness
1.Makan dalam kuantiti sikit tetapi kerap
2. Makan makanan yang kaya dengan protein
3. Elakkan makananan berlemak, berminyak dan pedas
4. Banyakkan minum air
5. Pastikan rehat secukupnya
6. Mengambil makanan tambahan atau supplement
7.  Dapatkan nasihat doktor
.
Harap apa yang kak jie share ni boleh memberi guideline atau input tambahan buat bakal-bakal mommies diluar sana.. heehhe 
.
p/s :Doakan kak jie dipermudahkan untuk posting tak lama lagi yeeee.. 

Monday, February 19, 2018

Apa itu Detox??

Assalamualaikum
.
Haii uollsss, diharap uolls yang gojes2 macam kak jie sihat2 adanya yee.. hehehe 
.
Harini kak jie nak share serba sedikit tentang detox. Mesti uolss yang ingin kurus pernah dengar kan detox!. Tapi tak tahu apa itu detox!. Sama la macam kak jie dulu, nak kurus tapi tak pernah buat pun detox, last-last lambat nak turun sebab tak tabu apa sebenarnya detox tu.. hehehe
.
Meh kak jie bagitahu apa itu detox k... ☺️
.
📌Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksin yang terdapat dalam tubuh badan manusia. 

📌Detox adalah proses normal dari tubuh untuk membuang atau meneutralkan racun/toksin melalui usus besar, hati, ginjal, paru-paru, limpa dan kulit.

📌Dalam badan kita terdapat  pelbagai jenis kotoran dan racun yang secara tidak sengaja telah masuk ke dalam badan melalui amalan pemakanan yang tidak seimbang. 

📌Untuk memudahkan proses penyerapan vitamin yang kita ambil, kita perlu detox terlebih dahulu untuk buang segala toksin dalam badan. Setelah badan kita bebas toksin, barulah nutrien yang kita ambil dapat diserap dengan baik dalam badan dan memberikan kesan yang baik. 


🌸8 Kelebihan Detox🌸

1. Kurangkan berat badan.

2. Meningkatkan tenaga.

3. Elakkan sembelit (usus yang sihat)

4. Mengurangkan keinginan (nafsu makan yang berlebihan) 

5. Kulit yang lebih sihat.

6. Mengurangkan stress.

7. Menguatkan sistem imun badan.

8. Tidur yang lebih baik & berkualiti.

.
Harap uollss boleh faham serba sedikit info yang kak jie bagitahu yee.. nanti next entry kak jie bagitahu tentang supplement yang disyorkan untuk berdetox.. hehehehe 
.
Buat penegtahuan uolss juga jika kita melakukan detox terlebih dahulu sebelum mengamalkan apa-apa supplement ataupun diet ia dapat memudahkan lagi penyerapan vitamin mahupun zat-zat yang tersadapat didalam makanan tersebut.. 🙊
.
K berjumpa lagi di entry seterusnya k.. mueehhh ciked 💋

Sunday, February 18, 2018

Mengapa Pil Kalsium Shaklee Menjadi Pilihan

Assalamualaikum
.
Hai uoolsss yang gojes, arini kak jie nak share mengenai pil kalsium shaklee yang sangat membantu terutamanya kepada kak jie, al maklum la bila dah pregnant ni memang kena consume kalsium untuk kebaikan pembentukan tulang baby mahupun untuk badan kak jie sendiri yang telah kekurangan kalsium disebabkan telah dibahagi kepada baby..
.
Kalau uolss nak tahu pil kalsium shaklee atau nama glamernga OSTEMATRIX. Nama pun dah glemer kan? Hehehe kalau uolss nak tahu bau oste macam susu-susu gitu tapi tak da rase susu pun hehe.. sesuai kepada uolss yang tak suka minum susu.. boleh amk oste untuk menggantikan susu 💪🏼
.
Ostematrix ialah supplemen kalsium yang mengandungi zat lain seperti magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, magnesium dan boron.

1 tablet ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji kacang badam.

1 tablet mengandungi 250 mg kalsium dan 100 mg magnesium sebagai bahan utama.
.
Kelebihan Ostematrix;

🌷Membekalkan kalsium dan magnesium yang cukup untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

🌷Mencegah dari awal masalah osteoporosis

🌷 Membantu dalam pembetukan tulang, kuku dan gigi yang kuat

🌷 Membantu mengatasi kekejangan dan kebas-kebas.

🌷Membantu  melegakan sembelit dan melembutkan najis.

🌷Membantu masalah sakit tumit kaki dan pecah pecah.

🌷 Membantu mengatasi migrain.

🌷Membantu mengurangkan sakit ketika haid
.
Diharap uolss dapat serba sedikit info tentang oste... untuk maklum uolsss kak jie update blog menggunakan phone, so kak jie tak leh nak attch gmbo oste nati bile dah on lappy kak jie kasi upload itu gambor oste yee... muehh ciked 💋💋💋

Wednesday, February 14, 2018

OMEGA GUARD : BAGAIMANA OMEGA BOLEH MEMBANTU PENYAKIT ASMA

ASSALAMUALAIKUM.
.
Hai uoolss.. Apa Khabar semua?. Harini kak jie nak share mengenai bagaiman omega-3 dapat membantu mengurangkan Asma. 
.
APA ITU ASMA??

Asma atau lelah adalah penyakit saluran pernafasan kronik yang melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar daripada paru-paru. Ia boleh menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai serangan atau episod asma. Gejala-gejala asma adalah batuk, kesukaran bernafas dan bunyi ronkus daripada dada. (Utusan Malaysia Online)

KEBAIKAN OMEGA-3 UNTUK ASMA

1. Bertindak sebagai anti radang : Membantu untuk kurangkan keradangan di saluran pernafasan.
2. Membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Menurut (Live Strong), “Omega-3 fatty acids are known to reduce inflammation. because asthma is a disease caused by airway inflammation that leads to airway hyper-responsiveness and airway narrowing, and because Eskimos who eat large amounts of fish have a low rate of asthma, researchers theorized that fish oil might benefit asthma sufferers”.


Kebaikan OMEGA GUARD SHAKLEE


1) Minyak Ikan Berpekatan Tinggi
OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).
2) Penyulingan Molekul Berganda
Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam OmegaGuard™ menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar. Mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir.

3) Sahabat Laut
Diiktiraf oleh Friend of the Sea® untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.


Tuesday, February 13, 2018

ESP SHAKLEE : 5 RESEPI MENGGUNAKAN ESP SHAKLEE YANG SEDAP.

Assalamualaikum 
.
Hai uollsss... harini baru boleh kak jie nak mengadap komputer, maklum la dua tiga  hari ni badan tak berapa sedap. sakit pinggang, sakit belakang. huhuhuhu
.
harini kak jie nak kongsi 5 resepi ESP yang pasti sedap dan semudah ABC... hehee... kalau korang nak tahu apa itu ESP boleh klik link APA ITU ESP :)
.


1) Resepi Strawberry ➕ Esp shaklee 

- 3-5 biji buah strawberry 
- satu kotak susu low fat atau full krim ( mana2 yang kita suka 
- 3 scoop Esp shaklee 

Caranya 
- Campurkan semua bahan tadi,  kemudian bland kan sehingga hancur 
- Nak lagi sedap,  boleh tambahkan beberapa ketul ais 
- Selamat mencuba!!



2) Resepi Limau manderin ➕ Esp shaklee 

- 2 biji limau manderin yang dikupas kulitnya dan dibuang biji
- 200 ml air sejuk
- Boleh juga gantikan susu low fat jika nak ( bagi saya susu dan limau tak serasi 😂)  
- 3 scoop Esp shaklee 

Caranya 
- Bland bahan2 tadi sehingga hancur ,  nak sejuk boleh tambahkan ais 
- Selamat mencuba!!



3) Resepi Kiwi ➕ Esp shaklee 

- 2 atau 3 biji buah kiwi 
- 200 ml air sejuk atau suam 
- Boleh juga gantikan susu low fat atau full krim jika nak 
- 3 scoop Esp shaklee 

Caranya 
- Bland bahan di atas,  boleh tambah ais kalau nak sejuk,  atau boleh simpan dalam peti ais dulu baru minum
- Selamat mencuba!!



4) Resepi Sirap bandung ➕ Esp shaklee 

- satu sudu sirap 
- satu kotak susu low fat atau full krim 
- 3 scoop Esp shaklee 
- beberapa ketul ais ( ikut citarasa sendiri) 

Caranya 
- Campurkan semua bahan2 tersebut
- kemudian shake dan boleh diminum
- simple dan sedap
- selamat mencuba!!



6) Muffin Coklat ➕ Esp shaklee 

Bahan2
3 cwn tpg gandum *
3/4 cwn serbuk koko*
1/4 cwn Esp shaklee 
1 sudu kecil baking powder *
1 sudu kecil soda bikarbonat *
1 sudu kecil garam *
2 cwn gula (saya guna 1 1/2 cwn jer, tak nak manis sangat)
2 biji telur gred A
2 cwn fresh milk
1 cwn minyak masak

Caranya
-ayak bahan2 bertanda * ketepikan
-campur telur, susu, gula dan minyak masak..kacau2 sebati
-masukkan bahan2 yang diayak tadi..kacau smp tak ada yang berketul
-masukkan paper cup dalam bekas muffin.. letak 3/4 saja, tabur coklat cip n almond nip
-bakar pada suhu 200° api atas bwh.. selama 20 minit
- Bila nak masak, taburkan sedikit Esp atas muffin tadi 
Selamat Mencuba!!

Sunday, February 11, 2018

ALFAFA DAN GOUT : BAGAIMANA ALFAFA MEMBANTU MENGURANGKAN GOUT??


Assalamualaikum.
.
Haii....Hari ni kak jie nak share tentang penyakit gout dan macam mana alfafa dapat membantu mengurangkan gout yang dialami. Kebiasaanya gout terjadi disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia adalah aras plasma urate atau dikenali sebagai asid urik yang melebihi 420 mol/L (7.0 md/dL), tetapi tidak semestinya jika paras asid urik tinggi didalam badan, seseorang itu akan mengidap gout. 
.
Hasil carian imej untuk GOUT
.
Kebiasaanya penyakit gout dihidapi oleh lelaki berbanding wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku selepas seseorang itu mengalami menopaus. Penyakit gout adalah berpunca daripada pembentukan kristal-kristal asid urik di dalam cecair sendi. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami kesakitan, sendi sukar untuk digerakkan, pembengkakkan dan inflamasi.
.
Hasil carian imej untuk GOUT
.

BAGAIMANA ALFAFA MEMBANTU MENGURANGKAN GOUT .


Ramai yang tertanya-tanya macam mana ALFAFA dapat membantu gout kan??.. Meh kak jie nak share, ALFAFA berfungsi dengan membantu meneutralkan dan mengurangkan paras asid urik yang tinggi didalam darah. 
.
Alfafa juga mempunyai ciri-ciri anti-radang dan antioksidan semulajadi. Maka pengambilan alfafa mampu mengurangkan rasa sakit pada bahagian kaki dan tumit yang bengkak kerana serangan gout. Jadi alfafa adalah satu pilihan yang sangat baik untuk melegakan gout yang dialami oleh seseorang. (http://www.arthritis-relief-naturally.com/alfalfa-supplements.html)
.
Pengambilan alfalfa secara konsisten juga mampu mengurangkan serangan gout. Walaubagaimanapun, jika gout menyerang, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor, mengambil ubat disamping meneruskan pengambilan Alfalfa.
.





Friday, February 9, 2018

CARA MEMBUAT MASKER VITAMIN C SHAKLEE YANG MUDAH

ASSALAMUALAIKUM.
.
.
Korang jangan terkejut Vitamin C SR Shaklee juga boleh buat masker tempek kat muka. Tempek ala-ala bedak sejuk gitu.. hehe Kak jie selalu buat 2 kali seminggu. Yang mana jerawat baru nak naik tu, terus kecut bila kena tempek dengan masker vitamin c. 

Vitamin C ni bebas daripada bahan-bahan yang berbahaya dan juga dari pewarna, pemanis serta bahan pengawet, sebab tu sesuai nak tempek kat muka uoolsss yan gebu tu... 😆
.



💗 CARA MUDAH SEDIAKAN MASKER VITAMIN C SR SHAKLEE 💗



  1. Patahkan vitamin C kepada 2 bahagian. Ambil 1 bahagian dan 1 bahagian lagi boleh disimpan untuk hari lain. 
      **(Jangan simpan terlalu lama kerana Vitamin C mudah teroksida disebabkan sensitif kepada       cahaya dan suhu)




       2. Hancurkan dalam piring utk dapatkan tekstur masker yang baik.




       3. Masukkan air lebih kurang 1 sudu.





       4. Biarkan dahulu dalam 3 hingga 5 minit sampai kembang.







       5. Sapukan pada seluruh kawasan muka yang telah dibersih dan dikeringkan terlebih     dulu.

       6. Tunggu masker kering dalam 20 hingga 30 minit dan bilas dengan air bersih.
.

Mesti korang nak tahu jugak kan apa kelebihan dan kebaikan memakai masker VITAMIN C SHAKLEE ni, meh kak jie cerita sikit :




KELEBIHAN MENGGUNAKAN MASKER VITAMIN C SHAKLEE


  • Dengan menggunakan masker VITAMIN C SR SHAKLEE ni ia dapat membantu mengecutkan jerawat yang ada di muka uolls. 
  • Ia juga dapat menegangkan kulit muka uollss.
  • Dengan bermasker VITAMIN C SR juda dapat mencerahkan wajah uollss.
  • Membantu merangsang penghasilan kolagen dari dalam kulit.
  • Menyegarkan wajah.
  • Membantu menghilangkan kesan parut.

Thursday, February 8, 2018

YOUTH SKINCARE SHAKLEE 100% TANPA BAHAN BERBAHAYA

Assalamualaikum.


Seperti yang sedia maklum, Shaklee telah mengeluarkan Set Skincare terbaru iaitu YOUTH SKINCARE, yang mengantikan produk skincare sebelum ini iaitu Nutriwhite. Nutriwhite pun dah best kesannya apatah lagi Youth kan. hehe
.
So, harini kak jie nak cerita tentang kandungan yang terdapat didalam Skincare terbaru Shaklee iaitu YOUTH dengan tagline LOOK YOUNGER LONGER. So sapa tak grab, rugi la, sebab bila gune terus boleh jadi muda lama sikit (ooopppssss) 🙊
.



Antara Kandungan YOUTH SKINCARE :

1. MUSCADINE GRAPE
Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin. 

Muscadine Grape

2. LOTUS JAPONICUS
YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.

Lotus Japonicus

3. APPLE STEM CELL EXTRACT
Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulituntuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.

Apple Stem Cell 

4. SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT
Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

Schisandra Chinensis Fruit


5. VITAL REPAIR+®COMPLEX
Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Vital Repair


SET YOUTH SKINCARE

TAHUKAN ANDA????


Youth Skincare telah dihasilkan dengan teliti selama 8 tahun oleh Shaklee dimana produk Youth:

💗 Bebas daripada Gluten, 
💗 100% daripada tumbuhan, 
💗 Bebas daripada 2500 bahan kimia yang boleh merosakkan kulit wajah.



Seperti kita sedia maklum sekarang ni berlambak produk dipasaran yang mempunyai bahan yang berbahaya seperti merkuri, paraben, hydroquinone dan macam-macam lagi lah dalam produk kecantikkan yang menyebabkan kulit kita cantik sekejap merana selamanya.. huhuhuhu.. 
.
Pengalaman kak jie sendiri, kak jie pernah guna produk lokal yang agak femes jugak dan kalau korang nak tahu kak jie beli dengan agen yang sah produk tersebut dan dah dua kali repeat order. Mula-mula pakai memang ramai yang bagitahu muka glowing la, makin cerah la, dan ramai la tanya pakai produk apa. 
.
Tak sampai sebulan salah satu krim bertukar hitam dekat penutup, memang agak cuak la, sebab baru kot guna dan bertukar warna. Kak jie still bersangka baik mungkin disebabkan debu-debu, kak jie lap la... and then tak sampai dua tiga hari lepas tu naik lagi hitam-hitam, lepas tu ada terbaca dekat facebook tentang produk yang mempunyai merkuri, terus kak jie stop. lepas tu terus naik jeragat.. hahahhaha.. PADAN MUKA KAK JIE KAN???? 😴

Sekarang pengguna dah bijak, dah pandai buat research, baca bahan yang terkandung dalam sesuatu produk sebelum beli supaya tidak mudah tertipu oleh founder yang tidak bertanggungjawab. Yelah sapa yang nak muka jadi buruk kan?
.
kak jie rasa setakat ni dulu lah celoteh kak jie, next time kak jie buat plak entri set yang terdapat didalam YOUTH SKINCARE secara terperinci lagi k.... Insyallah kak jie pun nak cuba YOUTH ni, nak bodek suami dulu, mana tahu suami nak belanja.. hahaha korang doa la semoga semua kak jie terbuka hati nak sponsor YOUTH untuk kak jie.......😁






Be Beautiful, Look Youthful

Assalamualaikum.
.
Sempena bulan kasih sayang tahun ni, shaklee ada promosi untuk mengeratkan lagi hubungan diantara suami dan isteri, dimana bulan ni ada promosi KOMBO #SustainedReleaseVita-C dan juga #Shaklee Collogen Powder uollssss..
.
Gabungan Shaklee Collegen Powder dan Vitamin C SR Shaklee ni mampu membuatkan suami terpaku melihat isteri, mahupun isteri terpaku melihat suami yang cantik macam Fazura & Fatah Amin ! ahakz.. 🙈 dua item ni wajib ada dirumah. Bak kata orang putih cakap "two is better than one" ! auuchh.. haha macam tajuk lagu plok... :p
Dengan penggunaan secara konsisten dua-dua item ni, Insyallah kulit muka uoolss akan gebu gebas seperti kulit bayi, lubang-lubang kawah juga boleh mengecil kalau uolls rajin dan konsisten. Kalau korang nak tahu, Vitamin C SR Shaklee ni bertindak sebagai antioksida dan juga menghalang kulit daripada sinar UV yang berbahaya dekat luar tu. Manakala Collogen Powder Shaklee plak bertindak sebagai untuk meningkatkan elastik kulit maklum la bila meningkat usia kulit kita cepat berkedut dan mengendur dan jangan tak tahu semakin meningkat usia collagen dalam badan pun semakin berkurang. 
.
Jadi, amatlah penting untuk kita amalkan Collagen Powder Shaklee dan juga Vitamin C SR untuk tambah yang mana dah kurang di dalam badan kita dan pada masa yang sama, badan kita akan mendapat manfaat dan kebaikan daripada produk tersebut.
Untuk kakjie sendiri, kak jie memang consume Vita-C SR Shaklee dari mula-mula jadi ahli lagi dan kak jie nampak banyak perubahan pada diri kak jie dan juga family kak jie. Adik kak jie yang selalu batuk dan susah nak berhenti juga dapat kebaikan dengan mengamalkan Vitamin C Shaklee dimana dengan izin Allah batuknya semakin berkurang dari sehari ke sehari. Orang yang pernah merasai sahaja akan dapat rasa perubahan yang dialami oleh tubuh badannya sendiri. Kak jie pun dulu memang cepat berjangkit demam dengan orang lain, tapi sekarang ni Alhamdulillah susah nak jatuh sakit. 
Untuk Collagen Powder Shaklee kak jie tak berkesempatan lagi nak mencuba, tapi feedback daripada ahli Shaklee yang amalkan dan pengguna amatlah memberangsangkan dimana effect secepat 7 sachet dah boleh lihat. Dimana sebelum ni, muka berkawah-kawah dan mula surut apabila konsisten dengan Collagen Powder Shaklee. Boleh rujuk SINI untuk keterangan lanjut mengenai Collagen Powder Shaklee. 
Kalau kakjie membebel pun korang tak dapat lihat dan kesan sendiri kan? mesti rasa macam tak percaya??? ye lah sebab kita tak tengok sendiri. Samalah macam kak jie, apabila kakjie amal dan cuba barulah kakjie tahu kebaikan dan khasiat yang sebenar produk tersebut. Jadi kalau korang nak cuba jangan segan silu contact kakjie ye.. :)


BULAN NI BULAN KASIH SAYANG

BELI KOMBINASI 4 BOX COLLAGEN POWDER SHAKLEE & 1 VITAMIN C PLUS SUSTAINED RELEASE ANDA DAPAT 10% OFF


SEBELUM

SELEPAS







BERMINAT ?

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH WHATAPPS KAK JIE 016-286 2524 
(WAJIHAH ZUHAIRI)