Friday, February 9, 2018

CARA MEMBUAT MASKER VITAMIN C SHAKLEE YANG MUDAH

ASSALAMUALAIKUM.
.
.
Korang jangan terkejut Vitamin C SR Shaklee juga boleh buat masker tempek kat muka. Tempek ala-ala bedak sejuk gitu.. hehe Kak jie selalu buat 2 kali seminggu. Yang mana jerawat baru nak naik tu, terus kecut bila kena tempek dengan masker vitamin c. 

Vitamin C ni bebas daripada bahan-bahan yang berbahaya dan juga dari pewarna, pemanis serta bahan pengawet, sebab tu sesuai nak tempek kat muka uoolsss yan gebu tu... 😆
.



💗 CARA MUDAH SEDIAKAN MASKER VITAMIN C SR SHAKLEE 💗



  1. Patahkan vitamin C kepada 2 bahagian. Ambil 1 bahagian dan 1 bahagian lagi boleh disimpan untuk hari lain. 
      **(Jangan simpan terlalu lama kerana Vitamin C mudah teroksida disebabkan sensitif kepada       cahaya dan suhu)




       2. Hancurkan dalam piring utk dapatkan tekstur masker yang baik.




       3. Masukkan air lebih kurang 1 sudu.





       4. Biarkan dahulu dalam 3 hingga 5 minit sampai kembang.







       5. Sapukan pada seluruh kawasan muka yang telah dibersih dan dikeringkan terlebih     dulu.

       6. Tunggu masker kering dalam 20 hingga 30 minit dan bilas dengan air bersih.
.

Mesti korang nak tahu jugak kan apa kelebihan dan kebaikan memakai masker VITAMIN C SHAKLEE ni, meh kak jie cerita sikit :




KELEBIHAN MENGGUNAKAN MASKER VITAMIN C SHAKLEE


  • Dengan menggunakan masker VITAMIN C SR SHAKLEE ni ia dapat membantu mengecutkan jerawat yang ada di muka uolls. 
  • Ia juga dapat menegangkan kulit muka uollss.
  • Dengan bermasker VITAMIN C SR juda dapat mencerahkan wajah uollss.
  • Membantu merangsang penghasilan kolagen dari dalam kulit.
  • Menyegarkan wajah.
  • Membantu menghilangkan kesan parut.

0 comments:

Post a Comment