Friday, March 30, 2018

Kebaikan Masker Alfafa | Wajihah Zuhairi

Assalamuailaikum dan selamat pagi.. Pagi ni kak jie nak share tentang masker alfafa. Mesti ramai yang tak tahu kan tentang masker alfafa, biasa kita dengar masker vitamin c je... kak jie pun  bari tahu tentang masker yang diperbuat daripada supplement alfafa.. jum kita zasssss... heheh

CARA CARA PENYEDIAAN MASKER ALFALFA 

Alfalfa bagus untuk atasi masalah jerawat dan buang toksin dalam badan. 

Selain boleh dimakan . Alfalfa juga boleh dibuat sebagai masker dan scrub. Masker dan scrub alfalfa baik untuk kulit kerana seperti yang kita tahu alfalfa merupakan 'Raja Segala Tumbuhan' yang mempunyai 1001 khasiat. 


Jom tengok dan belajar bagaimana cara nak buat masker dan scrub Alfalfa Complex dari Shaklee  ni. 

1. Ambil 2-3 biji alfalfa dan hancurkan.  Boleh guna sudu atau lesung batu. 



2. Letakkan air. Jangan terlalu cair, jangan terlalu likat. Agak agak je.



3. Cuci muka terlebih dahulu.  Baru ratakan masker alfalfa pada muka. 

4. Biarkan sedikit kering dan boleh gosok secara lembut iaitu boleh dijadikan sebagai scrub. Kalau taknak jadikan scrub,  boleh gunakan sebagai masker dan tunggu hingga ia kering. 

5. Bilas dengan air bersih. 

6. Lapkan muka dengan kain bersih.  Amalkan 2kali seminggu. Insyaallah parut hilang dan jerawat pun segan nak naik.

Lebihan masker alfalfa tadi boleh juga disapu pada tangan, lengan dan kaki (dijadikan sebagai lulur) 


 Antara manfaat masker dan scrub alfalfa 

🍃 Memudarkan parut jerawat
🍃 Membuang sel2 kulit mati
🍃 Menjadikan kulit lebih halus, lembut dan licin.

Wednesday, March 21, 2018

MIGRAIN - FAKTOR PENYEBAB

Hasil carian imej untuk migrain





















Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain (http://www.myhealth.gov.my/migrain/).

Apa itu migrain?

✅Dikenali sebagai vascular headache.

✅Satu keadaan di mana sakit kepala terjadi di sebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia otak.perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut,loya dan pening.

✅Sakit kepala yang berlaku berulang,berdenyut-denyut selalu terjadi sebelah kepala sahaja.

✅Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala.

Faktor penyebab migrain

✅makan makanan yg tinggi kandungan MSG,MSG dikenali sebagai unsur yang menyebabkan pengecutan dan pengembangan saluran darah yang menyebabkan sakit kepala.

✅Amalkan ubat hormon seperti pil perancang.turun naik hormon wanita,paras oestrogen yang tidak menentu.Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen.Ini boleh menyebabkan migrain.

✅kerap minum minuman berkafein.kafein menyebabkan penyempitan salur darah dlm badan.

✅ Stress , ketika stress salur darah akan tersumbat terutamanya di bahagian otak dan menyebabkan migrain.

✅Rangsangan deria : lampu yang terang,silau matahari,bau yg terlalu kuat

✅ Waktu tidur yang tidak menentu,tekanan menyebabkan kesukaran untuk tidur menyebabkan badan cepat lesu dan mengalami ketegangan otot dan perubahan aliran darah dlm badan.

Hasil carian imej untuk migrain

Tuesday, March 20, 2018

KANDUNGAN CoQ-Trol Plus




Assalamualaikum uollss...

Hari ini kak jie nak cerita mengenai kandungan yang terdapat di dalam supplement CoQ-Trol Plus Shaklee. Mungkin ramai yang tak tahu apa CoQ-Trol Plus ni dan kandungan yang terdapat di dalam supplement ni kan.. So, hari ini kak jie akan kongsikan. Semoga dapat membantu dan bermanfaat untuk uolss ok.


CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tocopherol.


KANDUNGAN :

Coenzyme Q10 (100mg) 
Coenzyme Q10 (CoQ10) adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.
Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

Bila sebut Coenzyme, ia macam pemangkin (booster) untuk enzyme tu bertindak bagi menghasilkan tenaga dalam sel. Bila Coenzyme Q10 ni banyak, maka lagi senang dan cepat proses untuk hasilkan tenaga dalam sel. Badan kita akan jadi energetik. Jadi, CoQ10 sangatlah sinonim dengan energy booster secara umumnya.



Resveratrol (2mg) 
Resveratrol adalah sebahagian daripada kumpulan sebatian yang dipanggil polyphenol. Ia adalah antioksidan yang melindungi tubuh daripada kerosakan yang boleh menyebabkan berisiko tinggi untuk menghidap kanser dan penyakit jantung. Sifat antioksida juga menjadikan ia sesuai sebagai produk anti-penuaan dan kesihatan jantung dengan mengurangkan keradangan dan mengurangkan LDL atau kolesterol "jahat". Ia jugak bertindak sebagai antikanser dengan mengawal penyebaran sel kanser. 

Peranan resveratrol dalam CoQ-Trol Plus adalah untuk menggalakkan bilangan mitokondria, iaitu tempat di mana tenaga sel dihasilkan. Semakin banyak bilangan mitokondria, maka semakin banyak juga penjana tenaga di dalam sel. 


Tocopherol (5mg)
Tocopherol atau vitamin E membantu mengurangkan risiko katarak, kanser, jantung, dan penyakit kardiovaskular. Ia juga membantu dalam meningkatkan metabolisme dan sistem imun, serta meningkatkan daya tahan kepada penyakit. Vitamin E  juga membantu meningkatkan kesuburan dan kecergasan . Sekiranya diamalkan ia adalah agen yang menjaga salur darah kita. Salur darah yang luka boleh menyebabkan berlaku pengumpulan plak sekaligus berisiko menghidap strok.

Oleh disebabkan CoQ10 merupakan nutrien larut lemak, supplement yang berasaskan minyak adalah lebih berkesan dan bioavailable (biotersedia). Untuk penyerapan yang lebih optimum, CoQ-Trol Plus datang dengan sistem penghantaran minyak zaitun yang telah dipatenkan. Ia juga bebas gluten.





Friday, March 16, 2018

KEISTIMEWAAN ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) SHAKLEE | WAJIHAH ZUHAIRI


ESP ialah “Energizing Soy Protein”

ESP adalah sumber protein soya non-GMO yang mengandungi 9 asid amino penting (histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan and valine)  yang diperlukan badan. 

Badan kita tak hasilkan asid amino ya. Jadi kita kena ambil dari sumber luaran. 

Tenaga Berterusan, datang  DAri Protein Yang Berasaskan Protein Tumbuhan

Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian.

Protein soya berasaskan tumbuhan mampu mengekalkan tenaga yang lebih lama

KENAPA PERLU AMBIL PROTEIN??

Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. 

Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan. 

Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.*

Hasil carian imej untuk ESP SHAKLEE
KeISTIMEWAAN Shaklee
* Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
* Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
* Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
* Membekalkan 9 asid amino.
* Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

ESP mempunyai paras GI yang rendah..
APE ITU “GI”??

Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan ke atas gula darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah anda naik mendadak dan kemudiannya menurun dengan pantas, menjadikan anda letih, mudah rasa terganggu dan lapar. 

Makanan Protein Soya Segera juga mempunyai tindak balas “turun-naik” manakala untuk Makanan protein soya segera dengan indeks glisemik rendah, paras gula darah kekal stabil,membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat dan mengekalkan kesihatan jangka panjang.


Saranan penggunaan:
Campurkan 28g atau 3 sudu besar serbuk ESP dengan segelas susu, jus, air atau minuman kegemaran anda.


ESP PERLU UNTUK :

  • Untuk wanita yang ingin hamil atau merancang untuk hamil : ESP membantu untuk pulihara dan pelihara rahim kita.

  • Untuk wanita yang sedang hamil : ESP membantu menguatkan rahim dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.

  • Untuk wanita yang menyusu anak : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.

  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.

  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.

  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.

  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!

  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.

Tahukah Anda?
Dr. Forrest C. Shaklee mencipta formula protein soya isolat pertama pada tahun 1961.
(http://www.shaklee.com.my/products/healthy-nutrition/esp-soy-protein-isolate-powder)

Tak tahu nak bancuh ESP dengan apa?? boleh klik link di bawah :)
Cadangan cara pengambilan ESP boleh klik resepi ESP yang sedap



Thursday, March 15, 2018

GASTRIK? - CARA ATASI MASALAH GASTRIK | WAJIHAH ZUHAIRI


Gastrik adalah keradangan di bahagian perut disebabkan oleh jangkitan bakteria atau penggunaan ubat anti keradangan dalam yempoh yang lama. Namun begitu terdapat faktor lain yang boleh menyebabkan sakit gastrik seperti penyakit autoimun, Crohns disease dan lain-lain penyakit.


Antara simptom gastrik adalah :

1. Sakit dibahagian abdominan
2. Rasa ingin muntah, loya
3. Muntah muntah
4. Pedih didalam perut
5. Rasa tidak hadam
6. Kurang selera makan

Terdapat banyak cara untuk mengatasi masalah gastrik antaranya :

1. Elak makanan bergoreng, berminyak, pedas dan minum beralkohol
2. Banyakkan makan dan minum dari bahan makanan seperti yogurt, teh hijau, lobak merah, air kelapa dan halia atau papermint-ginger plus by shaklee.

3. Amalkan kebersihan tangan sebelum makan dan makan dan minum makanan yang bersih dapat elakkan dari sakit gastrik
4. Amalkan pemakanan yang sikit tetapi kerap
5. Jangan tinggalkan waktu makan utama seperti makan pagi, tengahari dan malam.
6. Berhenti dari tabiat merokok
7. Kerapkan minum air sejuk dan amalkan aiskrim.

Tuesday, March 13, 2018

Kandungan Herblax Shaklee | WajihahZuhairi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.
Kali ni kak jie nak tulis entry berkenaan dengan herb-lax mesti korang pernah dengar kan set detox shaklee, salah satu item hot yang perlu diambil untuk detox adalah herbalax selain alfafa. Jika korang ada masalah sembelit alfafa tidak sesuai diambil dan boleh ambil herblax.
.
Buat pengetahuan semua, sebelum mengambil mana-mana supplement kecantikan mahupun untuk kurus, kita mesti mula dengan set detox dulu supaya usus kita bersih dan mudah untuk penyerapan vitamin yang lain dimana terdapat di dalam supplement kecantikkan mahupun set kurus shaklee. 
.
Jum kak jie cerita mengenai kandungan yang terdapat didalam herb-lax shaklee, sebelum kita consume apa-apa produk mestilah kena ambil tahu kandungan yang terdapat didalam sesuatu produk tersebut supaya tidak mempunyai kesan sampingan yang membahayakan kesihatan anda. 

9 KANDUNGAN HERB-LAX.

▶️Buckhorn bark ( Rhamnus frangula) - melembutkan najis untyk memudahkan pergerakan dan memberi kelembapan pada usus.

▶️Licorice root  (Glycyrrhiza glabra) - mempunyai rasa yang manis membuatkan Herblax sesuai untuk dijadikan teh. Antioksida yang hebat untuk melindungi sel-sel hati. Bertindak sebagai anti radang, mengurangkan bakteria dan meminimumkan tekanan usus.

▶️Fennel seed Powder   (Foeniculum vulgare) - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

▶️Senna (Cassia angustifolia) - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut ,mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

▶️Alfalfa (Medicago sativa) - Ditanam tanpa racun perosak atau baja kimia, Alfalfa Shaklee mempunyai akar yang mendalam yang memberikan mineral dan enzim tulen yang tidak terdapat dalam tumbuh-tumbuhan lain. Ia bertindak membantu merobohkan protein, mengurangkan loya dan mengurangkan bengkak keradangan.

▶️Culver's root  (Veronicastrum virginicum) - Digunakan sebagai penahan sakit, detoksifikasi, serta membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

▶️Blue melva flower (Malva sylvestris) - Herba ini adalah sumber fiber. Dibawakan dari Amerika ke Europe, ia digunalan untuk melegakan batuk, sakit tekak,dan membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstrur kulit.

▶️Rhubarb root (Rheum palmatum) - herba yang digunakan dalam perubatan cina untuk digunakan sebagai antibiotik. Sama ada simptom anda sakit kepala, ketidakselesaan buasir atau sakit ulser, ini adalah herba kritikal dalam Herb-Lax.

▶️Anise seeds (Pimpinella anisum) - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk proses pencernaan.
.
Jadi, herblax amat sesuai untuk diambil oleh siapa-siapa yang mempunyai sembelit kerana terdapat buckhorn bark untuk melembutkan najis anda dan pada masa yang sama dapat membuang segala toksin, serta bertindak sebagai anti radang dan meminimunkan tekanan pada usus.
.

Wednesday, March 7, 2018

Resepi Performance Drink + Mangga | WajihahZuhairi



assalamualaikum uoolss yg gojess.. hehe
.
Arini kak jie nak share satu resepi yang kebabom sedap, dah la sedap boleh tambah tenaga lagi 😀😀😀
.
PERFORMANCE DRINK + MANGGA

Bahan bahan
-3 sudu Performance drink
-1 biji mangga( hiris kecil kecil)
-250ml air masak

cara cara
--------
Bland semua bahan di atas sehingga hancur n sebati

siap  untuk di minum
*nak sejuk boleh tambah ais atau simpan dulu dalam peti sejuk.
.



Sekamat mencuba uooolsssss hehehehe

Tuesday, March 6, 2018

Kenali VIVIX anda | WajihahZuhairi

Assalamualaikum semua.

Hari ini kak jie akan kongsikan tentang KANDUNGAN VIVIX.


Vivix diperbuat dari 4 tumbuh-tumbuhan:

1)Polygonum cuspidatum
2)Muscadine grape
3)European elderberry
4)purple carrot





Keempat-empat pokok ni kaya dengan resveratrol yang juga merupakan antioxidants yg hebat.

Polygonum cuspidatum dah digunakan oleh perubatan tabib Cina sejak berabad lamanya.

Kenapa shaklee pilih 4 pokok ni??

Kerana kandungan reseveratrol disini lebih jauh byk dri dlm red wine itself dan supplements resveratrol lain dipasaran.

So apa itu resveratrol??

Resveratrol ni ada pada kulit anggur yg menjadikan buah tu sgt purple.

Bila dikaji semula resveratrol memberi perlindungan pada buah anggur itu dari dijangkiti penyakit atau kulat yang merosakkan pokok tu sendiri.

Maka bila dimakan, effect anti-kulat tu akan dapat pada manusia.

1) MUSCADINE GRAPES
- saiznya besar lebih kurang 5cm diameter
- warnanya lebih gelap dari anggur biasa
- di tanam di South Calorina salah satu tempatnya
- mengandungi resvesatrol dan polyphenols 
-sejenis anggur liar yang mengandungi 20 kromosom berbanding anggur lain yang mempunyai 19 kromosom
- mengandungi serat diet yang tinggi berbanding nasi dan oat
- ianya juga mengandungi 40x ganda antioksida
- terkandung juga quercetin ( komponen flaranoid ) berbanding anggur lain


 2) ELDEBERRY EROPAH
- mengandungi sumber anthocyanins yg 3x ganda lebih berbanding karotrrid
-mengandungi flaranoid sama macam muscadines grapes
- mengandugi Vit A,B dan C
-berfungsi sebagai antioksida semulajadi


3) PURPLE CARROT ( WORTEL UNGU )
-betakaraten 50% lebih banyak dari mortel oranye
-mengandungi lrbih banyak antioksida dan Vit A
-warna ungu pada purple carrot berasal daripada pigmen antisianin.
-terdapat nutrisi 
* vit A 24000 SI
* vit B1 (thiamine)
* vit B2, B3, B6,B9
* vit  C 7
* energi 24 kalori
* protein 1, 2 gram
*  lemak 0, 3 g
* diet serat 3 g
* kalsium 39ml

4 ) POLYGONUM CUSPIDATUM
-merangkumi ke semuanya sebiji muscadine grapes  termasuk biji, kulit dan resveratrol  yang mempunyai sumber komersial resveratrol yang tinggi.