Tuesday, March 20, 2018

KANDUNGAN CoQ-Trol Plus




Assalamualaikum uollss...

Hari ini kak jie nak cerita mengenai kandungan yang terdapat di dalam supplement CoQ-Trol Plus Shaklee. Mungkin ramai yang tak tahu apa CoQ-Trol Plus ni dan kandungan yang terdapat di dalam supplement ni kan.. So, hari ini kak jie akan kongsikan. Semoga dapat membantu dan bermanfaat untuk uolss ok.


CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tocopherol.


KANDUNGAN :

Coenzyme Q10 (100mg) 
Coenzyme Q10 (CoQ10) adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.
Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

Bila sebut Coenzyme, ia macam pemangkin (booster) untuk enzyme tu bertindak bagi menghasilkan tenaga dalam sel. Bila Coenzyme Q10 ni banyak, maka lagi senang dan cepat proses untuk hasilkan tenaga dalam sel. Badan kita akan jadi energetik. Jadi, CoQ10 sangatlah sinonim dengan energy booster secara umumnya.



Resveratrol (2mg) 
Resveratrol adalah sebahagian daripada kumpulan sebatian yang dipanggil polyphenol. Ia adalah antioksidan yang melindungi tubuh daripada kerosakan yang boleh menyebabkan berisiko tinggi untuk menghidap kanser dan penyakit jantung. Sifat antioksida juga menjadikan ia sesuai sebagai produk anti-penuaan dan kesihatan jantung dengan mengurangkan keradangan dan mengurangkan LDL atau kolesterol "jahat". Ia jugak bertindak sebagai antikanser dengan mengawal penyebaran sel kanser. 

Peranan resveratrol dalam CoQ-Trol Plus adalah untuk menggalakkan bilangan mitokondria, iaitu tempat di mana tenaga sel dihasilkan. Semakin banyak bilangan mitokondria, maka semakin banyak juga penjana tenaga di dalam sel. 


Tocopherol (5mg)
Tocopherol atau vitamin E membantu mengurangkan risiko katarak, kanser, jantung, dan penyakit kardiovaskular. Ia juga membantu dalam meningkatkan metabolisme dan sistem imun, serta meningkatkan daya tahan kepada penyakit. Vitamin E  juga membantu meningkatkan kesuburan dan kecergasan . Sekiranya diamalkan ia adalah agen yang menjaga salur darah kita. Salur darah yang luka boleh menyebabkan berlaku pengumpulan plak sekaligus berisiko menghidap strok.

Oleh disebabkan CoQ10 merupakan nutrien larut lemak, supplement yang berasaskan minyak adalah lebih berkesan dan bioavailable (biotersedia). Untuk penyerapan yang lebih optimum, CoQ-Trol Plus datang dengan sistem penghantaran minyak zaitun yang telah dipatenkan. Ia juga bebas gluten.





0 comments:

Post a Comment