Wednesday, March 21, 2018

MIGRAIN - FAKTOR PENYEBAB

Hasil carian imej untuk migrain





















Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain (http://www.myhealth.gov.my/migrain/).

Apa itu migrain?

✅Dikenali sebagai vascular headache.

✅Satu keadaan di mana sakit kepala terjadi di sebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia otak.perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut,loya dan pening.

✅Sakit kepala yang berlaku berulang,berdenyut-denyut selalu terjadi sebelah kepala sahaja.

✅Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala.

Faktor penyebab migrain

✅makan makanan yg tinggi kandungan MSG,MSG dikenali sebagai unsur yang menyebabkan pengecutan dan pengembangan saluran darah yang menyebabkan sakit kepala.

✅Amalkan ubat hormon seperti pil perancang.turun naik hormon wanita,paras oestrogen yang tidak menentu.Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen.Ini boleh menyebabkan migrain.

✅kerap minum minuman berkafein.kafein menyebabkan penyempitan salur darah dlm badan.

✅ Stress , ketika stress salur darah akan tersumbat terutamanya di bahagian otak dan menyebabkan migrain.

✅Rangsangan deria : lampu yang terang,silau matahari,bau yg terlalu kuat

✅ Waktu tidur yang tidak menentu,tekanan menyebabkan kesukaran untuk tidur menyebabkan badan cepat lesu dan mengalami ketegangan otot dan perubahan aliran darah dlm badan.

Hasil carian imej untuk migrain

0 comments:

Post a Comment