Tuesday, March 13, 2018

Kandungan Herblax Shaklee | WajihahZuhairi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.
Kali ni kak jie nak tulis entry berkenaan dengan herb-lax mesti korang pernah dengar kan set detox shaklee, salah satu item hot yang perlu diambil untuk detox adalah herbalax selain alfafa. Jika korang ada masalah sembelit alfafa tidak sesuai diambil dan boleh ambil herblax.
.
Buat pengetahuan semua, sebelum mengambil mana-mana supplement kecantikan mahupun untuk kurus, kita mesti mula dengan set detox dulu supaya usus kita bersih dan mudah untuk penyerapan vitamin yang lain dimana terdapat di dalam supplement kecantikkan mahupun set kurus shaklee. 
.
Jum kak jie cerita mengenai kandungan yang terdapat didalam herb-lax shaklee, sebelum kita consume apa-apa produk mestilah kena ambil tahu kandungan yang terdapat didalam sesuatu produk tersebut supaya tidak mempunyai kesan sampingan yang membahayakan kesihatan anda. 

9 KANDUNGAN HERB-LAX.

▶️Buckhorn bark ( Rhamnus frangula) - melembutkan najis untyk memudahkan pergerakan dan memberi kelembapan pada usus.

▶️Licorice root  (Glycyrrhiza glabra) - mempunyai rasa yang manis membuatkan Herblax sesuai untuk dijadikan teh. Antioksida yang hebat untuk melindungi sel-sel hati. Bertindak sebagai anti radang, mengurangkan bakteria dan meminimumkan tekanan usus.

▶️Fennel seed Powder   (Foeniculum vulgare) - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

▶️Senna (Cassia angustifolia) - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut ,mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

▶️Alfalfa (Medicago sativa) - Ditanam tanpa racun perosak atau baja kimia, Alfalfa Shaklee mempunyai akar yang mendalam yang memberikan mineral dan enzim tulen yang tidak terdapat dalam tumbuh-tumbuhan lain. Ia bertindak membantu merobohkan protein, mengurangkan loya dan mengurangkan bengkak keradangan.

▶️Culver's root  (Veronicastrum virginicum) - Digunakan sebagai penahan sakit, detoksifikasi, serta membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

▶️Blue melva flower (Malva sylvestris) - Herba ini adalah sumber fiber. Dibawakan dari Amerika ke Europe, ia digunalan untuk melegakan batuk, sakit tekak,dan membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstrur kulit.

▶️Rhubarb root (Rheum palmatum) - herba yang digunakan dalam perubatan cina untuk digunakan sebagai antibiotik. Sama ada simptom anda sakit kepala, ketidakselesaan buasir atau sakit ulser, ini adalah herba kritikal dalam Herb-Lax.

▶️Anise seeds (Pimpinella anisum) - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk proses pencernaan.
.
Jadi, herblax amat sesuai untuk diambil oleh siapa-siapa yang mempunyai sembelit kerana terdapat buckhorn bark untuk melembutkan najis anda dan pada masa yang sama dapat membuang segala toksin, serta bertindak sebagai anti radang dan meminimunkan tekanan pada usus.
.

0 comments:

Post a Comment