Tuesday, February 20, 2018

TIPS MORNING SICKNESS | WAJIHAHZUHAIRI








Assalamualaikum
.
Hai uolls, rase dah lama tak update blog, arini baru berkesempatan.. sebenarnya kak jie baru sihat sikit, semalam kak jie tetiba terkena cramp kaki, satu badan tak boleh nak gerak, alhamdulillah arini dah beransur baik... tadi mak kak jie bawak balik matron kat tempat kerja mak kak jie, yang boleh mengurut, alhamdulillah dah ok, katanya badan kak jie dah lama sakit, urat dan saraf ada masalah sikit, tapi dah ok cuma kena banyak excersice bagi ok kalau tak nak mengurut..
.
Owh ye, sebelum terlupa kak jie nak share satu berita gembira 😍😍😍 aritu kak jie ada buat pregnancy test setelah hampir 2minggu lewat period... dan keputusannyaaaa......  alhamdulillah positif hehehe 
.
Harini kak jie nak share tips atasi morning sickness, maklum laa bila dah sah pregnant tu macam-macam laa boleh rasa salah satunya morning sickness ni laaaa... sekarang ni pun kak jie dah rase loya-loya bila bangun pagi, kalu lambat makan sikit mula lah rase tak selesa... mesti mommy2 pernah merasakan??? 😀😀😀


.
Apa itu morning sickness?

- Morning sickness atau turut dikenali sebagai loya dan muntah ketika hamil.
- Biasanya bermula sekitar 4 atau 6 minggu usia kehamilan
- Wanita yang mengalami morning sickness akan rasa loya, dan mungkin muntah apabila bangun pagi. (sebab itu dinamakan morning sickness)
- Rasa loya dan muntah kerap berlaku pada waktu pagi mungkin disebabkan perut kita kosong.

Kesan Morning sickness
- Hilang selera makan dan minum
- Boleh mengganggu aktiviti seharian
- Badan mudah rasa letih dan tidak bertenaga
- Boleh menyebabkan badan dehidrasi disebabkan muntah terlalu kerap
- Boleh memberi kesan kepada perkembangan bayi akibat kekurangan zat dan nutrisi

Cara mengatasi morning sickness
1.Makan dalam kuantiti sikit tetapi kerap
2. Makan makanan yang kaya dengan protein
3. Elakkan makananan berlemak, berminyak dan pedas
4. Banyakkan minum air
5. Pastikan rehat secukupnya
6. Mengambil makanan tambahan atau supplement
7.  Dapatkan nasihat doktor
.
Harap apa yang kak jie share ni boleh memberi guideline atau input tambahan buat bakal-bakal mommies diluar sana.. heehhe 
.
p/s :Doakan kak jie dipermudahkan untuk posting tak lama lagi yeeee.. 

0 comments:

Post a Comment