Thursday, February 8, 2018

YOUTH SKINCARE SHAKLEE 100% TANPA BAHAN BERBAHAYA

Assalamualaikum.


Seperti yang sedia maklum, Shaklee telah mengeluarkan Set Skincare terbaru iaitu YOUTH SKINCARE, yang mengantikan produk skincare sebelum ini iaitu Nutriwhite. Nutriwhite pun dah best kesannya apatah lagi Youth kan. hehe
.
So, harini kak jie nak cerita tentang kandungan yang terdapat didalam Skincare terbaru Shaklee iaitu YOUTH dengan tagline LOOK YOUNGER LONGER. So sapa tak grab, rugi la, sebab bila gune terus boleh jadi muda lama sikit (ooopppssss) 🙊
.



Antara Kandungan YOUTH SKINCARE :

1. MUSCADINE GRAPE
Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin. 

Muscadine Grape

2. LOTUS JAPONICUS
YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.

Lotus Japonicus

3. APPLE STEM CELL EXTRACT
Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulituntuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.

Apple Stem Cell 

4. SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT
Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

Schisandra Chinensis Fruit


5. VITAL REPAIR+®COMPLEX
Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Vital Repair


SET YOUTH SKINCARE

TAHUKAN ANDA????


Youth Skincare telah dihasilkan dengan teliti selama 8 tahun oleh Shaklee dimana produk Youth:

💗 Bebas daripada Gluten, 
💗 100% daripada tumbuhan, 
💗 Bebas daripada 2500 bahan kimia yang boleh merosakkan kulit wajah.



Seperti kita sedia maklum sekarang ni berlambak produk dipasaran yang mempunyai bahan yang berbahaya seperti merkuri, paraben, hydroquinone dan macam-macam lagi lah dalam produk kecantikkan yang menyebabkan kulit kita cantik sekejap merana selamanya.. huhuhuhu.. 
.
Pengalaman kak jie sendiri, kak jie pernah guna produk lokal yang agak femes jugak dan kalau korang nak tahu kak jie beli dengan agen yang sah produk tersebut dan dah dua kali repeat order. Mula-mula pakai memang ramai yang bagitahu muka glowing la, makin cerah la, dan ramai la tanya pakai produk apa. 
.
Tak sampai sebulan salah satu krim bertukar hitam dekat penutup, memang agak cuak la, sebab baru kot guna dan bertukar warna. Kak jie still bersangka baik mungkin disebabkan debu-debu, kak jie lap la... and then tak sampai dua tiga hari lepas tu naik lagi hitam-hitam, lepas tu ada terbaca dekat facebook tentang produk yang mempunyai merkuri, terus kak jie stop. lepas tu terus naik jeragat.. hahahhaha.. PADAN MUKA KAK JIE KAN???? 😴

Sekarang pengguna dah bijak, dah pandai buat research, baca bahan yang terkandung dalam sesuatu produk sebelum beli supaya tidak mudah tertipu oleh founder yang tidak bertanggungjawab. Yelah sapa yang nak muka jadi buruk kan?
.
kak jie rasa setakat ni dulu lah celoteh kak jie, next time kak jie buat plak entri set yang terdapat didalam YOUTH SKINCARE secara terperinci lagi k.... Insyallah kak jie pun nak cuba YOUTH ni, nak bodek suami dulu, mana tahu suami nak belanja.. hahaha korang doa la semoga semua kak jie terbuka hati nak sponsor YOUTH untuk kak jie.......😁






Location: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment