Wednesday, February 28, 2018

Kebaikan Multipurpose Cream : Herbal Blend Shaklee | WajihahZuhairi

Haiii uollss.. Assalamualaikum .... petang-petang ni panas jek rasa, angin pun sikit-sikit jek masuk dalam rumah ni... mula lah rasa tak selesa dan berpeluh kan? Hehee 
.
Kak jie biasa kalu panas cepat berpeluh dan mula lah gatal-gatal gitu... tapi nasib baik ada herbal blend, kak jie sapu jek kat tempat gatal-gatal tu, kejap lepas tu hilang laa... selain tu, kak jie masuk bilik pasang ekon tido jek la bagi sejuk hahaahaha senang kan... 🙊🙊🙊🙊
.
Buat uolls nak tahu herbal blend ni apa, meh kak jie cite sikit. Herbal blend multipurpose cream ni adalah krim sapu yang berbeza dari krim-krim yang lain kerana ianya dibuat tanpa paraben!
.
APA ITU PARABEN?
Paraben adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet untuk menjadikan sesuatu bahan itu bertahan lebih lama. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat. Hampir semua paraben yang digunakan sebagai bahan pengawet adalah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi.
Paraben ini boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman.
Tanpa kita sedari Parabens ada di mana-mana seperti di dalam alat solek atau kosmetik, syampu, gel pembersihan, dan ubat gigi.
.
Bahayakan paraben ni, secara kita tak sedar maybe kita dah bertahun-tahun gune produk yang ada paraben ni... jum kita zassss kenapa paraben ni sangat bahaya untuk fisiologi tubuh badan kita 😌

BAHAYA PARABEN
- Paraben boleh memasuki salur darah walaupun hanya disapu atas bahagian kulit. 
- Paraben boleh menyebabkan allergi dan ruam kulit terutamanya yang mempunyai kulit sensitif.
- Walaupun penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah, tetapi dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan masalah kulit yang serius.
- Menyebabkan proses penuaan kulit lebih cepat
- Meningkatkan risiko wanita membangunkan estrogen-positif kanser payudara
- Mengganggu sistem pembiakan lelaki. 

ANTARA KEGUNAAN HERBAL BLEND:
-membantu atasi masalah eczema
-merawat kulit gatal akibat serangan gigitan serangga
-melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku dan tumit kaki
-menghilangkan parut seperti parut chicken pox
-melegakan ruam pada bayi
-merawat kesan luka 
-membantu membuang angin pada perut
.
P/s : Nanti bila kak jie dah ok sikit, kak jie tempek gambar herbal blend ye.. sebabnya sekarang ni kak jie update blog gune handphone jek, tak boleh nak upload gambor la plak... kak jie tak leh ngadap laptop lelama, sebab kak jie skrg ni tengah dalam fasa uwekk..uwekkk.. duduk lama sikit mula laaa nak uwekkkk.. hahaha sabar jek laaa ☺️

0 comments:

Post a Comment